Sunburst 2009!!!!

Assalamualaikum semua!!

Yup! Nana kembali lagi untuk meng-update blog Nana yang hampir bersawang ni.. Hehehe.. Ada beberapa gangguan server.. Tu yg tak boleh nak update.. Jangan mara aaaa.. :) Oklah, Nana nak skip cite yang patut Nana tulis dulu sebab Nana nak cite pasal SUNBURST dulu!!

21 Mac hari tu Sunburst telah pun diadakan di Bukit Kiara Equestrian Club dari jam 2 petang hingga lewat malam.. Antara artis yang telah membuat persembahan ialah, Nidji, Estranged, Bunk Face, Hujan dan main highlight tentulah Korn dan N.E.R.D..

Nana sampai dalam pukul 4.30 petang dan ada rakaman untuk Era TV.. Lepas tu, Nana jalan-jalan tengok apa apa persembahan yang sempat..

Jap.. Flashback jap.. Malam sebelum Sunburst (Jumaat) pihak Pineapple Concert (penganjur) telah pun mengadakan sesi beramah mesra ngan artis-artis yang membuat persembahan denga orang-orang yang terlibat untuk Sunburst 2009. Pada malam tu, ramai jugak artis yang datang antaranya kumpulan Nidji, 21st Night, Korn, Yasmin Hani, Sazzy, Ezlynn dan ramai lagi lah.. :) Nana sempat gak la amik gambar.. Antaranya...

Ini gambar Nana ngan vocalist Nidji, Giring.. Nana ni minat gak ngan band Nidji ni.. :P

Nie gambar Giring ngan Jonathan Davis vocalist kumpulan Korn.. Huhuhu.. Nana tak minat sangat Korn.. Ganas muzik dorang.. :)

Oklah, balik kepada Sunburst.. Nana sempat tengok Meet uncle Hussain, (tak sempat nak amik gambar sebab tengah wat Era TV), Estranged, Cosmic Kitchen, Nao dan ramai lagi lah... Lepas tu Nidji plak buat persembahan dalam pukul 8.15 malam.


Jom layan jap..

Lepas tu ada la artis lain yang buat persembahan.. Tibalah masanya untuk N.E.R.D.. Tak de la minat sangat, tapi Nana suka Pharrell nie sebab dia boleh tahan teror buat lagu.. Dia ada buat lagu untuk Justin Timberlake, Beyonce dan sebagainya.. Click click!

Haaa.. Lepas habis N.E.R.D perform, Nana cepat cepat ke backstage sebab dengan harapan dapat jumpa Pharrell nie.. :) Bukan main susah nak jumpa dorang.. Tapi, terima kasih kepada Linda dan orang orang tertentu, dapatlah Nana jumpa.. Amik gambar lagi.. :D

Autograf album cover.. :)

Lepas tu Nana pun gi depan stage nak tengok persembahan Korn.. Nana jumpa Ella jugak yang betul betul suka sangat Korn tu.. :) Ada gambar ngan Ella tapi tak clear.. Huhuhu.. Ramai gak artis yang Nana jumpa.. Atilia pun ada.. Ida Nerina dan Rama dari Nidji (ee.. Nana nie memang minat Nidji) huhu..

Lepas Korn habis perform, Nana pun balik dengan hati yang girang.. Huhuhu.. Jumpa lagi di lain blog ya.. :) Muah!

Komen

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!