Cepat Serasi
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

SEMAKIN dewasa. Usia mereka hampir sebaya, pengalaman dalam dunia hiburan mematangkan Nana, Dina.
Gandingan Nana dan Dina memantapkan lagi persembahan radio Era walaupun mereka baru disatukan Januari lalu
MEREKA cepat serasi. Banyak persamaan yang menyatukan dua
personaliti berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini. Semudah sebutan
nama mereka, Nana dan Dina begitu pantas mencipta gandingan 'regu'
mengendalikan Carta Era bersama sejak 4 Januari lalu.
Pengambilan Dina sebagai penyampai radio sambilan di stesen
radio Era itu antara strategi pembaharuan yang cuba diterapkan Pengurus
Rangkaian Era, Nazri Noran.
Selepas ¡®kehilangan¡¯ Linda Onn yang kini bertugas di Sinar FM, hanya Nana penyeri dan bunga di radio itu. Lalu, kehadiran naib juara Malaysian Idol musim pertama itu dilihat sebagai langkah lazim menggunakan golongan selebriti bergelar penyampai radio. Sudah dua bulan Nana berpasangan dengan Dina untuk segmen itu yang ke udara setiap Sabtu jam 2 hingga 4 petang dan siaran ulangannya pada Ahad, jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nazir itu masih dalam
pemerhatian stesen radio Era kerana mengikat kontrak berperingkat
selama setengah tahun. Setakat ini, gadis berusia 24 tahun itu sudah
mula menyukai kerjaya barunya dan pada masa sama tawaran rezeki
berlakon, mengacara dan menyanyi datang mencurah-curah.
Bagi Nana atau Nurul Hana Che Mahazan yang sudah lima tahun
setia bersama Era turut meluahkan perasaan senang kerana dapat
bekerjasama dengan Dina.

Kata Nana yang sedang disolek jurusolek Famee, dia memuji Dina yang
sering membahasakan dirinya adik kepadanya. Tawa dan usikan mereka
jelas menunjukkan keakraban masing-masing bukan lakonan. Paling
menarik, Nana sempat menyenaraikan persamaan yang kebetulan menyamai
diri mereka.
Seloroh Nana sambil menunjukkan barisan gigi tersusunnya
selepas tidak lagi memakai pendakap sejak empat bulan lalu, pujian itu
bukan sekadar ayat ¡®propa¡¯ malahan menyifatkan Dina cepat menangkap dan
tak perlu diajar mengenai tugasnya. Fotografi kali ini, cuba
menunjukkan sisi berbeza Dina dalam gaya maskulin, manakala Nana pula
cukup feminin dengan gaun santai.
Bersama Hip, mereka berkongsi cerita dan rasa kematangan
dalam merempuh dunia seni yang pancaroba. Hujung 2009 ini, kontrak Nana
bersama Era akan tamat dan insya-Allah kalau ada rezeki, ia pasti
disambung.
Bagi Nana, kritikan dan pelbagai kontroversi yang dihadapinya
dianggap sebagai proses mematangkan dirinya. Selama enam tahun merentas
onak seni, namanya masih utuh dalam pentas hiburan.
Bahkan sudah lima tahun berturut-turut sejak 2004, nama Nana belum
pernah tercicir kategori Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Tahun ini, sekali lagi Nana
berentap dalam kategori yang sama bersaing dengan Abby Fana, Linda Onn,
Leeya dan kawan baiknya, Fara Fauzana.
¡°Alhamdulillah, biar nama Nana sering dicerca, dihentam dan
menjadi bahan usikan termasuk di laman maya, saya masih mendapat
sokongan dan disenaraikan (dalam ABPBH). Bagi Nana soal menang atau
kalah bukan isu di sini. Berada di dalam kelompok lima yang popular
sudah memadai.
Nana masih rasa bertuah walaupun ramai orang yang tak
gemarkan diri ini kerana selalu dikata gediklah, seksilah, tapi Nana
masih ada tempat di hati peminat. InsyaAllah tahun ini kalau
berkesempatan Nana nak ikut jelajah ABPBH 2008 ke Batu Pahat, Johor.
¡°Itu pun kalau Nana dapat pergi sebab sekarang ini kami di
Era sedang sibuk membuat bancian rating untuk AC Nielsen. Bayangkan
kerana bancian itu, Nana tak boleh ambil cuti hingga April,¡± katanya.
Di radio Era, Nana antara penyampai yang lama bertugas di situ
biarpun dia paling muda. Keadaan itu menyedarkan dirinya bahawa dia
mengubah personalitinya menjadi seorang yang lebih dewasa berbanding
seperti anak kecil yang boleh diperkotak-katikkan. Nana menyedari ke
depan nanti, persaingan sentiasa sengit menanti di hadapannya.
Memang Nana sudah matang dari pelbagai segi. Perubahan
penyampai radio Era termasuk pertukaran bos, membuatkan Nana sedar
kerja yang dilakukan ini bukan imaginasi lagi.
¡°Persaingan pun begitu kuat kerana setiap stesen radio
berlumba-lumba bersaing untuk menarik perhatian. Malahan, sewaktu
menghabiskan masa dengan Fara Fauzana pun sedikit sebanyak kami ada
bertanyakan khabar masing-masing termasuk Kieran yang sudah menyertai
stesen radio lain. Tapi seboleh-bolehnya kami tidak mahu ambil tahu
cakap perihal kerja apabila bercuti,¡± kata Nana yang mengaku tidak kuat
bekerja seperti Fara Fauzana kerana baginya setiap kerja pasti ada
batasannya.
Raut wajahnya kini menggambarkan perasaan hatinya yang sedang
berbunga menjalani kehidupan peribadi. Tidak hairanlah, Nana kini
begitu terbuka membicarakan soal kesungguhannya menamatkan zaman
bujang. Katanya, Tuhan membuka hatinya untuk menerima seseorang dan
baginya jodoh tidak mengenal bangsa.
¡°Insya-Allah ada jodoh saya mungkin akan kahwin tahun depan.
Memang sasaran saya untuk kahwin 2010. Ada perkembangan lanjut, ada
apa-apa, pasti Nana akan beritahu,¡± katanya tanpa berselindung.
Teruja dengan tugas baru

Walaupun menjadi penyampai radio Era secara sambilan, hampir
setiap hari Dina meluangkan masa di stesen radio itu. Selain
mengendalikan Carta Era bersama Nana, Dina turut bekerja pada hujung
minggu bersama Reza.
Itu semua tertakluk kepada kesesuaian masa atau jadual kerjaya seninya.
Dina berkata, tawaran untuk menjadi penyampai di Era dibuat sendiri oleh Nazri pada Disember tahun lalu.
¡°Dia (Nazri Noran) menghubungi Dina dan bertanya sama ada
berminat atau tidak menjadi penyampai radio. Jujurnya memang saya minat
memikul kerja itu kerana Dina sendiri memang suka bercakap.
¡°Sewaktu dihubungi, pelik juga rasanya kerana tiba-tiba saja
ditawar perkara itu. Dalam hati, Dina persoalkan kembali, serius ke?
Ketika itu, Nazri cakap Era memang nak cari penyampai radio wanita
lagi. Katanya lagi, dia menawarkan kerja itu selepas disyorkan ramai
orang.
¡°Dina biarkan tawaran itu tanpa jawapan pasti buat sementara
waktu. Malah, ketika itu Dina perlu menjalani penggambaran filem Jangan
Pandang Belakang Congkak di Perlis. Hujung Disember tahun lalu,
daripada perbualan menerusi telefon, ia berlanjutan hingga ke
perbincangan di Astro, Bukit Jalil.
¡°Selepas menjalani ujian suara dan menunggu selama empat hari, Dina ditawarkan kerja itu,¡± katanya.
Gadis bertubuh gempal itu mengakui betapa pengalaman bekerja di
Era cukup menyeronokkan kerana kerjanya dilakukan secara berpasukan.
¡°Dina seronok dapat pasukan kerja yang baik dan sangat
menyokong. Adifashla banyak mengajar saya mengenai fungsi butang yang
terdapat di papan panel radio.
¡°Begitu juga dengan Nana dan Reza. Nana pernah menemubual
saya sebelum ini. Aznil Nawawi pun selalu memberi nasihat kepada Dina,
malah Din Beramboi pun sama, cuma apabila dia berlawak, Dina sendiri
tak tahu yang mana satu lawak, mana satu serius,¡± katanya yang kini
semakin meledak dengan lagu Cinta Datang Lagi dan Mahu Tapi Malu.
Menurut duta Adidas ini, kerjaya barunya cukup menyeronokkan
dan baru kini dia sedar kerjaya ini bukan semudah yang disangka.
Situasi memainkan lagu sendiri juga sering membuatkan dirinya tersenyum
sendiri.
Kata Dina, apabila sudah diprogramkan senarai lagu yang bakal diputarkan, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
¡°Menjadi penyampai radio ini kita kena perlu bijak membuat
pelbagai kerja dalam satu masa. Nak berceloteh pun bukan boleh ikut
sesuka hati, kita kena pandai menyusun ayat supaya tidak menyinggung
mana-mana pihak.
¡°Sebagai manusia biasa kita cuba untuk tidak melakukan
sebarang ralat. Mungkin orang di luar sana menganggap kerjaya ini
sangat mudah seperti ¡®kacang¡¯ tapi hakikatnya memang tidak.
¡°Saya boleh katakan kerjaya ini sebagai satu kerja yang
intelektual dan bijak. Memang pelik apabila memainkan lagu sendiri
apatah lagu tema Era berjudul Satu Era dinyanyikan oleh Dina, Cham dan
Burn. Sekarang pun single terbaru Dina, Sejauh Ini sedang dimainkan di
radio Era,¡± katanya sambil tersenyum.
Mengalih kepada bidang lakonan, rezekinya menggantikan pelakon
lain memberikan impak yang cukup bermakna di dalam hidupnya. Ahmad
Idham menjadi pengarah yang terus memberi kepercayaan kepadanya untuk
mencambahkan bakat sebagai pelakon. Bagaimanapun dunia nyanyian masih
menjadi keutamaan kepadanya.
Album keduanya juga sudah siap dihasilkan cuma menanti waktu
untuk menyiapkan proses menghasilkan kulit album dan fotografi saja.
Menariknya sebelum muncul dengan album kedua, Dina mengeluarkan empat
single nyanyiannya secara digital. Empat lagu itu ialah Malu Tapi Mahu,
Sejauh Ini, Satu Untuk Diriku dan Y¡¯all Wit Me akan dijual dengan harga
RM8. Dina akan mencatat sejarah menjadi penyanyi Melayu pertama
mengeluarkan album seperti itu.
¡°Kesibukan Dina menjadi penyampai radio, berlakon dan
mengacara membuatkan waktu untuk merakamkan gambar kulit album tidak
dapat dilaksanakan. Album itu terbitan syarikat Dina sendiri iaitu
Soulful Symphony. Album kedua ini nanti hanya akan mencari pihak
pengedar saja,¡± katanya.
INFO: Nana
INFO: Dina
INFO: Persamaan Nana dan Dina
Petikan dari Akhbar Berita Harian 3 Mac 2009
Masukkan Komen
Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!


