Assalamualaikum semua!!
Minggu nie Nana cuti, rindu plak rasanya nak on-air... :) Tapi Nana tetap nak kongsi cerita yang menarik sangat.. Pada Nana lah.. 31hb March hari tu Jackie Chan dan Daniel Wu datang ke studio My FM untuk interview.. Walaupun Nana cuti, Nana datang jugak ke pejabat sebab dengan harapan dapat jumpa Jackie Chan... LAGI!
Hehehe.. Nana pernah jumpa Jackie Chan sekali pada tahun 2005.. Masa tu Nana ditugaskan untuk interview Jackie Chan untuk filem The Myth masa tu la.. Nana dapat ambik gambar..

Kelakar je muka Nana dulu kan..? Masa tu belom pakai braces lagi..
Jackie Chan dijadualkan untuk datang dalam pukul 6.30 petang.. Kul 6 Nana dah sampai dah.. Hehehe.. Ramai gak la yg lepak kat office tu sebab nak tunggu Jackie Chan.. Memang Nana minat sangat ngan Jackie Chan nie.. Dia lawan n berlakon memang best!!!
Masa tu Nana lepak kat dalam studio Hitz.fm sebab studio dia sebelah je ngan studio My FM.. Kitaorang puas la pikir macam mana nak amik gambar ngan Jackie sebab katanya Jackie Chan bad mood dan dia tak nak amik gambar langsung.. Penat agaknya.. Rudy, ada idea, dia kata tulis kat whiteboard.. Tulis apa..?

Yang best nya, Jackie Chan sempat baca kat whiteboad tu dan dia gelak je... Dia sampai dalam pukul 7 macam tu.. Ada sorang pompuan yang jaga Jackie Chan tu dia siap jerit "No photo!!". Aduh.. Jakie Chan dan Daniel Wu terus masuk studio My FM.. Tak pe la.. Biar dia buat dulu interview tu...
Masa dia tengah interview, ada DJ My FM (Vivian) dia masuk borak ngan kitaorang, dan Nana pun tunjuk lah gambar yang Nana pernah amik ngan Jackie tu.. Pastu dia terus tarik Nana masuk jumpa Jackie Chan!!!!! Macam tak caya.. Jackie Chan sign gambar tu!!!

Tapi bila Nana kuar dari studio tu, orang pompuan yang jaga Jackie Chan tu jerit lagi "No signing or taking photo!!" Tapi Nana buat pekak je.. Hehehehe..
Dalam pukul 8, interview tu pun habis.. Ramai gak la yang berkumpul nak ambik gambar tapi mmg tak boleh la kan.. Bila Jackie Chan lalu je, kitaorang panggil dia dan cakap nak amik gambar.. Pastu ada orang jerit "He is already late.. No photo!" Sedih dah kitaorang.. Kitaorang buat muka sedih...... Pastu Jackie cakap "Ok.. Ok.. Come on.." Jackie memang best!!!! Sempat la amik 3 keping dalam masa 30 saat je dia stop..

Tak de sape nak ambik kan gambar, tu la gambar senget-senget.. Tapi apa pun Nana puas hati walaupun menunggu dengan gigihnya.. Hehehe... Jackie Chan memang besssssttttttt!!!
Adios guysss... :D
Assalamualaikum semua! Yup, Nana kembali..
Kan azam baru Nana nak memperbaiki hidup ke arah yg lebih baik, so Nana banyak membaca tahun nie.. :) Nana tengah baca buku....

Boleh tahan gak la buku nie.. Tak baca banyak lagi.. Tapi hari nie bukan Nana nak cite pasal buku yang Nana baca.. Nana nak cite pasal gajet gajet yang mesti ada kalau Nana nak membaca.. Huhuhu.. Poyo je kan..?
Pertama, mestilah kena ada BUKU yang nak dibaca.. Kedua, kena ada PENANDA BUKU atau omputih cakap BOOKMARK. Hehehe.. Lawa tak penanda buku Nana..?

Selain beli buku, Nana jugak suka beli penanda buku nie.. :) Banyak yang cantik-cantik... Yang nie yang terbaru la...
Ketiga, mesti kena ada ni...

Haaa.. Ni adalah LAMPU untuk membaca... Betul!! :)

Tadaaaaaa.. Sebab kalau membaca kat tempat gelap atau kurang cahaya, mata boleh jadik rosak.. :) Kite kena jaga mata sebab kita nak guna lama mata kite nie kan..?? :)
Macam mana nak guna lampu tu..? Macam nie..

Klip je kat buku dan boleh gerak leher dia tu.. Klip kat tepi atau klip kat atas macam nie...

Gajet gajet nie yang membuatkan Nana lagi suka membaca.. Sebab seronok kan..? :) Oklah, kalau Nana dah habis baca buku nie nanti Nana bagitau macam mana cerita dia.. Ek..? Take care all..
Assalamualaikum semua!!
Yup! Nana kembali lagi untuk meng-update blog Nana yang hampir bersawang ni.. Hehehe.. Ada beberapa gangguan server.. Tu yg tak boleh nak update.. Jangan mara aaaa.. :) Oklah, Nana nak skip cite yang patut Nana tulis dulu sebab Nana nak cite pasal SUNBURST dulu!!
21 Mac hari tu Sunburst telah pun diadakan di Bukit Kiara Equestrian Club dari jam 2 petang hingga lewat malam.. Antara artis yang telah membuat persembahan ialah, Nidji, Estranged, Bunk Face, Hujan dan main highlight tentulah Korn dan N.E.R.D..

Nana sampai dalam pukul 4.30 petang dan ada rakaman untuk Era TV.. Lepas tu, Nana jalan-jalan tengok apa apa persembahan yang sempat..
Jap.. Flashback jap.. Malam sebelum Sunburst (Jumaat) pihak Pineapple Concert (penganjur) telah pun mengadakan sesi beramah mesra ngan artis-artis yang membuat persembahan denga orang-orang yang terlibat untuk Sunburst 2009. Pada malam tu, ramai jugak artis yang datang antaranya kumpulan Nidji, 21st Night, Korn, Yasmin Hani, Sazzy, Ezlynn dan ramai lagi lah.. :) Nana sempat gak la amik gambar.. Antaranya...

Ini gambar Nana ngan vocalist Nidji, Giring.. Nana ni minat gak ngan band Nidji ni.. :P

Nie gambar Giring ngan Jonathan Davis vocalist kumpulan Korn.. Huhuhu.. Nana tak minat sangat Korn.. Ganas muzik dorang.. :)
Oklah, balik kepada Sunburst.. Nana sempat tengok Meet uncle Hussain, (tak sempat nak amik gambar sebab tengah wat Era TV), Estranged, Cosmic Kitchen, Nao dan ramai lagi lah... Lepas tu Nidji plak buat persembahan dalam pukul 8.15 malam.

Jom layan jap..
Lepas tu ada la artis lain yang buat persembahan.. Tibalah masanya untuk N.E.R.D.. Tak de la minat sangat, tapi Nana suka Pharrell nie sebab dia boleh tahan teror buat lagu.. Dia ada buat lagu untuk Justin Timberlake, Beyonce dan sebagainya.. Click click!

Haaa.. Lepas habis N.E.R.D perform, Nana cepat cepat ke backstage sebab dengan harapan dapat jumpa Pharrell nie.. :) Bukan main susah nak jumpa dorang.. Tapi, terima kasih kepada Linda dan orang orang tertentu, dapatlah Nana jumpa.. Amik gambar lagi.. :D

Autograf album cover.. :)

Lepas tu Nana pun gi depan stage nak tengok persembahan Korn.. Nana jumpa Ella jugak yang betul betul suka sangat Korn tu.. :) Ada gambar ngan Ella tapi tak clear.. Huhuhu.. Ramai gak artis yang Nana jumpa.. Atilia pun ada.. Ida Nerina dan Rama dari Nidji (ee.. Nana nie memang minat Nidji) huhu..

Lepas Korn habis perform, Nana pun balik dengan hati yang girang.. Huhuhu.. Jumpa lagi di lain blog ya.. :) Muah!
Hola.. Apa khabar semua.. :) Sihatlah hendaknya.. Nana ok.. :D
Hari Jumaat yang lepas Nana pegi rakaman Kelap Pop musim terbaru, musim ke-3.. :) Kira ni kali kedua lah Nana join Kelab Pop.. Best!! :) Sapa tak tahu host untuk Kelab Pop yang meletop tu kan..? Reza memang best.. Nana tak bleh cakap sape ahli kumpulan Nana dan ahli kumpulan lawan Nana.. Tapi untuk tatapan korang semua, Nana letak gak la gambar.... Huhuhu..

Haaa.. Teka lah ek.. :) Nana pun tak sure bila episod ni akan keluar, jadi kenalah tengok Kelab Pop selalu di Astro Ria k.. :) Menang ke kalah.. :D
Assalamualaikum semua!!!
Semalam 4hb Mac, Nana sempat pegi saksikan konsert Jason Mraz kat Stadium Negara.. :) Yang bestnye, Nana dapat jumpa dengan Jason Mraz!!!! Betul!!! Terima kasih kepada kawan Nana, Melvin (Warner Music Malaysia) sebab bagi Nana backstage pass.. :) Thank u Melvin!! You are the best!!!
Melvin kata kalau nak jumpa ngan Jason Mraz nie kena ada kat stadium dalam pukul 6 petang.. Aduh... Sangkut kat jamm la plak.. Dah risau dah takut tak sempat.. Nana sampai dalam pukul 6.30.. Fuhhhhh... Nasib baik sempat.. Just on time untuk pegi ke belakang pentas..

Dalam masa menunggu Jason Mraz untuk datang, Nana sempat ambik gambar ngan Melvin dengan kawan dia di Warner dan jugak Matt iaitu Tour Manager untuk konsert Jason Mraz ni.. :)

Tak sabar sebenarnya nak jumpa Jason Mraz nie sebab nak tgk dia secara live nie ada banyak beza tak dari kat TV.. Ceng ceng ceng!!!

Dah sampai pun.... Jason Mraz nie memang sempoi.. Dia datang tak pakai kasut pun.. Tiru Elyana kot.. hehehehe... Tapi dia memang baik... Tak sombong pun.. :) Yang bestnye, Nana sempat jugak ambik video ngan dia.. :) Nana nie over excited! Ntah pape je... :P
Lepas dah ambik gambar n borak-borak kejap, kitaorang semua pun turun sebab Jason nak bersiap siap dan panaskan suara dia.. :) Dalam perjalan turun ke depan pentas, sempat Nana ambik gambar stage dari tepi.. :)

Simple je.. :) Bila Nana jalan ke depan, dah nak penuh dah stadium tu... Ramai gak yang datang.. Memang la ramai kan.. Sold Out!!!!

Lepas tu Nana pun turun ke bawah.. Dan dalam pukul 8.20 konsert pun mula..Nana nie bukan la peminat Jason Mraz sangat, tapi apa yang boleh Nana cakap, konsert Jason Mraz nie memang best, tambah-tambah lagi Jason Mraz yang sempoi dan pandai interact dengan crowd.. Memang terhibur!! Jason Rocks!!!
Lagu nie best... Layan lagi satu video yang sempat Nana ambik.. :) Tengok dia joget.. :D
Hmm.. Seronok la jugak.. Nana jugak sempat dapatkan autograf Jason Mraz.. :)

Nanti Nana update lagi pasal benda lain plak k.. :) Take care all..
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

SEMAKIN dewasa. Usia mereka hampir sebaya, pengalaman dalam dunia hiburan mematangkan Nana, Dina.
Gandingan Nana dan Dina memantapkan lagi persembahan radio Era walaupun mereka baru disatukan Januari lalu
MEREKA cepat serasi. Banyak persamaan yang menyatukan dua
personaliti berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini. Semudah sebutan
nama mereka, Nana dan Dina begitu pantas mencipta gandingan 'regu'
mengendalikan Carta Era bersama sejak 4 Januari lalu.
Pengambilan Dina sebagai penyampai radio sambilan di stesen
radio Era itu antara strategi pembaharuan yang cuba diterapkan Pengurus
Rangkaian Era, Nazri Noran.
Selepas ¡®kehilangan¡¯ Linda Onn yang kini bertugas di Sinar FM, hanya Nana penyeri dan bunga di radio itu. Lalu, kehadiran naib juara Malaysian Idol musim pertama itu dilihat sebagai langkah lazim menggunakan golongan selebriti bergelar penyampai radio. Sudah dua bulan Nana berpasangan dengan Dina untuk segmen itu yang ke udara setiap Sabtu jam 2 hingga 4 petang dan siaran ulangannya pada Ahad, jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nazir itu masih dalam
pemerhatian stesen radio Era kerana mengikat kontrak berperingkat
selama setengah tahun. Setakat ini, gadis berusia 24 tahun itu sudah
mula menyukai kerjaya barunya dan pada masa sama tawaran rezeki
berlakon, mengacara dan menyanyi datang mencurah-curah.
Bagi Nana atau Nurul Hana Che Mahazan yang sudah lima tahun
setia bersama Era turut meluahkan perasaan senang kerana dapat
bekerjasama dengan Dina.

Kata Nana yang sedang disolek jurusolek Famee, dia memuji Dina yang
sering membahasakan dirinya adik kepadanya. Tawa dan usikan mereka
jelas menunjukkan keakraban masing-masing bukan lakonan. Paling
menarik, Nana sempat menyenaraikan persamaan yang kebetulan menyamai
diri mereka.
Seloroh Nana sambil menunjukkan barisan gigi tersusunnya
selepas tidak lagi memakai pendakap sejak empat bulan lalu, pujian itu
bukan sekadar ayat ¡®propa¡¯ malahan menyifatkan Dina cepat menangkap dan
tak perlu diajar mengenai tugasnya. Fotografi kali ini, cuba
menunjukkan sisi berbeza Dina dalam gaya maskulin, manakala Nana pula
cukup feminin dengan gaun santai.
Bersama Hip, mereka berkongsi cerita dan rasa kematangan
dalam merempuh dunia seni yang pancaroba. Hujung 2009 ini, kontrak Nana
bersama Era akan tamat dan insya-Allah kalau ada rezeki, ia pasti
disambung.
Bagi Nana, kritikan dan pelbagai kontroversi yang dihadapinya
dianggap sebagai proses mematangkan dirinya. Selama enam tahun merentas
onak seni, namanya masih utuh dalam pentas hiburan.
Bahkan sudah lima tahun berturut-turut sejak 2004, nama Nana belum
pernah tercicir kategori Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Tahun ini, sekali lagi Nana
berentap dalam kategori yang sama bersaing dengan Abby Fana, Linda Onn,
Leeya dan kawan baiknya, Fara Fauzana.
¡°Alhamdulillah, biar nama Nana sering dicerca, dihentam dan
menjadi bahan usikan termasuk di laman maya, saya masih mendapat
sokongan dan disenaraikan (dalam ABPBH). Bagi Nana soal menang atau
kalah bukan isu di sini. Berada di dalam kelompok lima yang popular
sudah memadai.
Nana masih rasa bertuah walaupun ramai orang yang tak
gemarkan diri ini kerana selalu dikata gediklah, seksilah, tapi Nana
masih ada tempat di hati peminat. InsyaAllah tahun ini kalau
berkesempatan Nana nak ikut jelajah ABPBH 2008 ke Batu Pahat, Johor.
¡°Itu pun kalau Nana dapat pergi sebab sekarang ini kami di
Era sedang sibuk membuat bancian rating untuk AC Nielsen. Bayangkan
kerana bancian itu, Nana tak boleh ambil cuti hingga April,¡± katanya.
Di radio Era, Nana antara penyampai yang lama bertugas di situ
biarpun dia paling muda. Keadaan itu menyedarkan dirinya bahawa dia
mengubah personalitinya menjadi seorang yang lebih dewasa berbanding
seperti anak kecil yang boleh diperkotak-katikkan. Nana menyedari ke
depan nanti, persaingan sentiasa sengit menanti di hadapannya.
Memang Nana sudah matang dari pelbagai segi. Perubahan
penyampai radio Era termasuk pertukaran bos, membuatkan Nana sedar
kerja yang dilakukan ini bukan imaginasi lagi.
¡°Persaingan pun begitu kuat kerana setiap stesen radio
berlumba-lumba bersaing untuk menarik perhatian. Malahan, sewaktu
menghabiskan masa dengan Fara Fauzana pun sedikit sebanyak kami ada
bertanyakan khabar masing-masing termasuk Kieran yang sudah menyertai
stesen radio lain. Tapi seboleh-bolehnya kami tidak mahu ambil tahu
cakap perihal kerja apabila bercuti,¡± kata Nana yang mengaku tidak kuat
bekerja seperti Fara Fauzana kerana baginya setiap kerja pasti ada
batasannya.
Raut wajahnya kini menggambarkan perasaan hatinya yang sedang
berbunga menjalani kehidupan peribadi. Tidak hairanlah, Nana kini
begitu terbuka membicarakan soal kesungguhannya menamatkan zaman
bujang. Katanya, Tuhan membuka hatinya untuk menerima seseorang dan
baginya jodoh tidak mengenal bangsa.
¡°Insya-Allah ada jodoh saya mungkin akan kahwin tahun depan.
Memang sasaran saya untuk kahwin 2010. Ada perkembangan lanjut, ada
apa-apa, pasti Nana akan beritahu,¡± katanya tanpa berselindung.
Teruja dengan tugas baru

Walaupun menjadi penyampai radio Era secara sambilan, hampir
setiap hari Dina meluangkan masa di stesen radio itu. Selain
mengendalikan Carta Era bersama Nana, Dina turut bekerja pada hujung
minggu bersama Reza.
Itu semua tertakluk kepada kesesuaian masa atau jadual kerjaya seninya.
Dina berkata, tawaran untuk menjadi penyampai di Era dibuat sendiri oleh Nazri pada Disember tahun lalu.
¡°Dia (Nazri Noran) menghubungi Dina dan bertanya sama ada
berminat atau tidak menjadi penyampai radio. Jujurnya memang saya minat
memikul kerja itu kerana Dina sendiri memang suka bercakap.
¡°Sewaktu dihubungi, pelik juga rasanya kerana tiba-tiba saja
ditawar perkara itu. Dalam hati, Dina persoalkan kembali, serius ke?
Ketika itu, Nazri cakap Era memang nak cari penyampai radio wanita
lagi. Katanya lagi, dia menawarkan kerja itu selepas disyorkan ramai
orang.
¡°Dina biarkan tawaran itu tanpa jawapan pasti buat sementara
waktu. Malah, ketika itu Dina perlu menjalani penggambaran filem Jangan
Pandang Belakang Congkak di Perlis. Hujung Disember tahun lalu,
daripada perbualan menerusi telefon, ia berlanjutan hingga ke
perbincangan di Astro, Bukit Jalil.
¡°Selepas menjalani ujian suara dan menunggu selama empat hari, Dina ditawarkan kerja itu,¡± katanya.
Gadis bertubuh gempal itu mengakui betapa pengalaman bekerja di
Era cukup menyeronokkan kerana kerjanya dilakukan secara berpasukan.
¡°Dina seronok dapat pasukan kerja yang baik dan sangat
menyokong. Adifashla banyak mengajar saya mengenai fungsi butang yang
terdapat di papan panel radio.
¡°Begitu juga dengan Nana dan Reza. Nana pernah menemubual
saya sebelum ini. Aznil Nawawi pun selalu memberi nasihat kepada Dina,
malah Din Beramboi pun sama, cuma apabila dia berlawak, Dina sendiri
tak tahu yang mana satu lawak, mana satu serius,¡± katanya yang kini
semakin meledak dengan lagu Cinta Datang Lagi dan Mahu Tapi Malu.
Menurut duta Adidas ini, kerjaya barunya cukup menyeronokkan
dan baru kini dia sedar kerjaya ini bukan semudah yang disangka.
Situasi memainkan lagu sendiri juga sering membuatkan dirinya tersenyum
sendiri.
Kata Dina, apabila sudah diprogramkan senarai lagu yang bakal diputarkan, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
¡°Menjadi penyampai radio ini kita kena perlu bijak membuat
pelbagai kerja dalam satu masa. Nak berceloteh pun bukan boleh ikut
sesuka hati, kita kena pandai menyusun ayat supaya tidak menyinggung
mana-mana pihak.
¡°Sebagai manusia biasa kita cuba untuk tidak melakukan
sebarang ralat. Mungkin orang di luar sana menganggap kerjaya ini
sangat mudah seperti ¡®kacang¡¯ tapi hakikatnya memang tidak.
¡°Saya boleh katakan kerjaya ini sebagai satu kerja yang
intelektual dan bijak. Memang pelik apabila memainkan lagu sendiri
apatah lagu tema Era berjudul Satu Era dinyanyikan oleh Dina, Cham dan
Burn. Sekarang pun single terbaru Dina, Sejauh Ini sedang dimainkan di
radio Era,¡± katanya sambil tersenyum.
Mengalih kepada bidang lakonan, rezekinya menggantikan pelakon
lain memberikan impak yang cukup bermakna di dalam hidupnya. Ahmad
Idham menjadi pengarah yang terus memberi kepercayaan kepadanya untuk
mencambahkan bakat sebagai pelakon. Bagaimanapun dunia nyanyian masih
menjadi keutamaan kepadanya.
Album keduanya juga sudah siap dihasilkan cuma menanti waktu
untuk menyiapkan proses menghasilkan kulit album dan fotografi saja.
Menariknya sebelum muncul dengan album kedua, Dina mengeluarkan empat
single nyanyiannya secara digital. Empat lagu itu ialah Malu Tapi Mahu,
Sejauh Ini, Satu Untuk Diriku dan Y¡¯all Wit Me akan dijual dengan harga
RM8. Dina akan mencatat sejarah menjadi penyanyi Melayu pertama
mengeluarkan album seperti itu.
¡°Kesibukan Dina menjadi penyampai radio, berlakon dan
mengacara membuatkan waktu untuk merakamkan gambar kulit album tidak
dapat dilaksanakan. Album itu terbitan syarikat Dina sendiri iaitu
Soulful Symphony. Album kedua ini nanti hanya akan mencari pihak
pengedar saja,¡± katanya.
INFO: Nana
INFO: Dina
INFO: Persamaan Nana dan Dina
Petikan dari Akhbar Berita Harian 3 Mac 2009
Assalamualaikum semua! Yup!! Nana kembali.. Hehehe.. Nana nak citer tentang buku yang baru Nana habis baca.. Tajuk dia "For One More Day" dan penulisnya ialah Mitch Albom. Ni buku ke 2 dari Mitch Albom yang Nana baca.. Yang pertama tajuk dia "The Five People You Meet in Heaven".

Buku ni Nana rasa lagi best dari yang pertama Nana baca.. Citer dia pasal seorang lelaki nama Charlie. Dia nie ada masalah dengan famili dia dan dia tak dijemput pun masa anak perempuan dia nak kawin dan macam macam lah yang berlaku... So, dia macam dissapointed sangat dengan hidup dia.. Sampai dia dah buat keputusan untuk..... Haaaa.. Kalau nak tau, kenalah baca.. Kalau Nana bagi tau tak best la kan. Tapi Nana promise, sure korang nak baca sampai habis..
Kalau korang ada buku buku yang best korang pernah baca, introduce la kat Nana ek.. :) Thanks.. Untill next time.. Take care..
Hola... :) Haaaa.. Hari tu 21hb Februari ada Cabaran Riuh Pagi Era kat depan Sogo.. Sebelum Nana cite, tengok la bape ramai yang datang!!! :)

Ramai kan..? Nana pun sempat amik gambar ngan pendengar Era yang setia yang datang!!!

Pastu penyampai Era yang lain pun nak join gak.... :)

Adi tu nape..?? Nana plak tak ready lagi.. Huhuhu.. Burn control hensem plak..
Sebelum bermula, kitaorang amik gambar ngan PakNil.. :)

PakNil kan memang untuk cabaran tu, so PakNil akan jadi orang iklan dan Abang Din Beramboi ke basking ngan kitaorang plak.. Hehehehe.. Jadi kitaorang semua pun kena ikut abg Din Beramboi..

Kitaorang kena nyanyi sambil mengumpul dana untuk Pusat Penjaan Nur Salam.. :)

Kitaorang bertukar tukar tempat untuk basking.. :)

Pape pun, memang seronok hari tu dan Nana nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang datang dan menderma untuk Pusat Jagaan Nur Salam.. Alhamdulillah...
Assalamualaikum semua!!!
Akhirnya server dah pulih dah.. Boleh la Nana upload gambar masa perkahwinan Linda Jasmine dan Que Haidar pada 14 Februari hari tu.. :)
Apa yang Nana boleh cakap, Linda lawa giler.. Macam princess.. Serius.. Goergous!!! Tapi sayang Nana tak dapat nak ambik gambar dekat sangat sebab ramai orang kan.. So dari jauh je la.. :)

Comel betul dorang.. Sesuai!!!

Lawa kan..?
Masa majlis resepsi tu anak didik Linda pun ada nyanyi.. Amylea dan Farhan.. Lagu yang dorang adalah permintaan dari Linda sendiri.. :)

Lawa gak pelamin dia kan..? Siap ada pepatung 3 ekor kat belakang.. :) Sikit fakta pasal Linda, dia nie very sweet, baik hati, jujur dan birthday dia sama ngan Nana.. :)
Ok, nanti Nana update lagi k.. Ada banyak cite nie.. :) Enjoy!!
Assalamualaikum semua!!
Apa khabar ek..? Lama rasanya Nana tak update blog Nana nie.. Dah bersawang dah pun.. hehehe.. Nana leh tahan bz gak lah sejak 2 menjak nie.. Server plak kengkadang ada problem.. Nana nak update pasal wedding Cikgu Linda Jasmine ngan Que pun tak dapat.. Uwaaaaaa.. Ampunkan aku...
Tak pe la.. Dalam 2-3 hari ni Nana update ye.. InsyaAllah... :D Take care all.. Jangan lupa esok (Sabtu, 21/2) datang beramai-ramai kat Sogo dalam pukul 12 tgh hari ok.. Abg Aznil, Abg Din Beramboi dan semua penyampai Era pun akan turun sekali... Jumpa besok k!!
















